Tutorial Cara Nak Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP

Posted on

Tutorial Cara Nak Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP | Baru-baru ini, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan i-Invest. Ianya merupakan aplikasi untuk memudahkan para pencarum KWSP untuk melabur sebahagian lebihan akaun 1 ke dalam unit saham amanah (unit trust) secara Do-It-Yourself (DIY).

Nak tahu lebih lanjut mengenainya boleh rujuk i-Invest KWSP – Ahli Sudah Boleh Beli Sendiri Unit Trust Dengan Kos Yang Lebih Rendah.

Bagi mereka yang berminat untuk beli sendiri dana-dana yang ada, pastikan semak dulu prestasi dana yang terkini. Takkan nak beli dana yang tengah rugi banyak pula kan?

Cara Nak Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP

Tapi perlu diingat, prestasi terdahulu tidak menggambarkan prestasi yang akan datang. Tapi sekurang-kurangnya bila kita beli dana yang tengah perform, kita boleh tahu ianya diuruskan oleh syarikat dan pengurus dana yang berpengalaman dan berwibawa.

Jom kita tengok Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP ni.

1. Layari https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login dan log masuk ke dalam i-Akaun

Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP

Bagi yang belum ada i-Akaun tu, boleh rujuk Panduan Ringkas Pengaktifan i-Akaun (Ahli).

2. Bila dah berjaya login, klik Pelaburan

Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP

3. Anda kini boleh lihat senarai pelaburan yang anda miliki menggunakan KWSP

Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP

Klik Analisis Dana – Pusat Carta di bahagian atas.

Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP

4. Klik Cari Semula

5. Klik Jana Jadual

Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP

6. Dana akan disusun mengikut A-Z

Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP

Kalau nak sort berdasarkan prestasi, boleh pilih samada nak tengok prestasi 1-tahun, 3-tahun, 5-tahun, 7-tahun atau 10-tahun.

Dah tengok prestasi dana, baru boleh buat pemilihan nak beli dana yang mana. Tapi perlu diingat lagi sekali, prestasi terdahulu tidak menggambarkan prestasi yang akan datang.

Kalau nak tengok hanya dana-dana yang patuh Syariah, boleh pilih nak tengok dana Syariah saja. Atau kalau nak tengok dana-dana yang melabur dalam kategori berbeza seperti ekuiti, bon, pasaran wang, harta dan sebagainya pun boleh pilih. Nak pilih dana yang invest kat Malaysia saja atau luar negara pun kita boleh pilih nak yang mana.

Sekarang kuasa dah ada di tangan kita, semoga kita semua menjadi pelabur yang semakin bijak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *