Rujukan Terbaru Bantu Calon Lulus Ujian Psikometrik 2020

Posted on

Ujian Psikometrik 2020 untuk masuk ke perjawatan dalam kerjaya sektor Perkhidmatan Awam telah menjadi satu ujian wajib lulus untuk calon yang telah mengisi borang SPA8i. Hampir semua jawatan dalam perkhidmatan awam mewajibkan calon untuk mengambil peperiksaan atau ujian Psikometrik ini. Ia menjadi satu proses awal pihak SPA menapis calon yang sesuai dengan jawatan dalam kerja kerajaan.

Ujian Psikometrik akan menguji calon dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan item psikologi. Ia berkaitan tingkah-laku, keperibadian, nilai-nilai positif selain kestabilan emosi serta disiplin dalam menjalankan tugas.

Ujian Psikometrik 2020 – Gunakan Rujukan Khas Untuk Persediaan

Semasa di zaman saya, jika mahu masuk kerja ke dalam Perkhidmatan Awam, saya hanya perlu lulus peperiksaan bertulis di dalam dewan dan kemudian lulus untuk sesi temuduga. Peperiksaan bertulis tersebut melibatkan soalan-soalan objektif berkaitan perkhidmatan awam, bidang tugas selain tanggubjawab berkaitan kerjaya dipohon, selain ujian sahsiah dan pengetahuan am.

Proses kemasukan ke jawatan sektor awam sentiasa dikemaskini dan diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut keperluan perjawatan. Begitu juga dengan sukatan peperiksaan dan ujian dijalankan. Format soalan peperiksaan dan ujian juga turut berubah sesuai dengan kehendak serta skop tanggungjawab semasa.

Sukatan peperiksaan biasanya merangkumi pengetahuan am, penyelesaian masalah dan ujian psikometrik. Ini format am yang dipraktikkan oleh SPA untuk menapis calon yang sesuai menerusi peperiksaan dan ujian khas.

Ujian Psikometrik Wajib Lulus

Pun begitu, sejak tahun 2018, ujian Psikometrik telah dijadikan satu peperiksaan atau ujian berasingan untuk jawatan-jawatan tertentu. Contohnya untuk jawatan ini:

  • Pembantu Awam Gred H11
  • Penghantar Notis Gred H11
  • Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
  • Pembantu Kemahiran Gred H19
  • Pembantu Veterinar Gred G19
  • Pembantu Syariah Gred LS19

Ujian Psikometrik penting dan wajib lulus. Ini adalah antara sebab mengapa untuk ujian Psikometrik terkini, pihak SPA telah mewujudkan satu portal khas ujian Psikometrik ini.

Baca : Senarai Tugas Pembantu Awam Gred H11 

Bukan semua jawatan dalam permohonan menerusi SPA memerlukan calon lulus ujian Psikometrik ini. Tetapi, tidak dinafikan terdapat beberapa jawatan di mana syarat kelayakan adalah terbuka dan sesetengahnya memerlukan bakat tertentu.

Nak menahan kemarahan dan menangani stress juga perlukan ‘bakat’. Bukan semua calon mampu lakukan.

Item Penting Ujian Psikometrik

Ujian Psikometrik 2020

Ini perkara am – skim perkhidmatan awam mensyaratkan calon lulus peperiksaan khas yang ditadbir oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, termasuklah ujian saringan Psikometrik. Tujuannya menapis calon dari segi kesediaan psikologi. Terdapat beberapa skop ujian yang ditadbir iaitu kognitif, aptitud, bakat, sahsiah dan fizikal.

Ujian Psikometrik. Calon dikehendaki menjawab item-item psikologi yang merangkumi perkara berikut:

  • Personaliti
  • Motivasi
  • Kejujuran
  • Integriti
  • Kebolehan Sosial
  • Kestabilan Emosi; dan
  • Disiplin

Kalau melihatkan contoh-contoh soalan berkaitan Psikometrik ini, soalan tidaklah terlalu sukar untuk dijawab. Namun, seperti biasa .. sebagai calon, mesti menjangkakan terdapat soalan yang boleh memerangkap. Pihak SPA tidak akan buat soalan mudah hanya untuk melepaskan calon terus ke peringkat seterusnya.

Trick Gagalkan Calon Dalam Ujian Psikometrik

Mesti ada trick. Mesti ada bahagian soalan yang akan singkirkan calon.

Terbaharu, format soalan Psikometrik turut dimasukkan dengan soalan daya penyelesaian masalah meliputi soalan-soalan matematik asas (silabus SPM). Ia melibatkan rumus-rumus asas bagi membolehkan calon berfikir dengan pantas dan membuat kesimpulan cepat dan tepat.

Andai nak lulus, soalan-soalan matematik Psikometrik ini perlukan latih-tubi. Sama seperti menjawab soalan matematik moden dan matematik tambahan semasa SPM. Sebelum peperiksaan dan ujian, perlu buat latih-tubi dengan kerap agar biasa dengan corak dan bentuk soalan ditanya.

Rujukan dan panduan penting kalau nak buat persediaan rapi hadapi ujian Psikometrik ini!

Ramai calon yang gagal dalam peperiksaan dan ujian khas dikendalikan pihak SPA disebabkan calon tidak buat persediaan. Mereka tak gunakan rujukan dan panduan terkini untuk bantu mereka hadapi peperiksaan. Sikap over-confident yang akhirnya makan diri, gagal dalam saringan utama.

Rujukan Dengan Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Anda bermasalah nak mencari rujukan terbaik untuk hadapi ujian Psikometrik ini?

Saya syorkan anda dapatkan rujukan dan panduan disediakan oleh Tim Infokerjaya. Rujukan disediakan adalah rujukan yang sentiasa dikemaskini selain penuh dengan tips bagi membolehkan calon lulus dengan baik.

Ujian Psikometrik 2020

Contoh Soalan Ujian Psikometrik + Soalan Matematik

Rujukan ini turut menyediakan contoh-contoh soalan Psikometrik selain soalan Matematik untuk membiasakan calon dengan format dan bentuk soalan ditanya. Calon yang dah lama tinggalkan SPM, yang tak pasti bentuk soalan matematik dalam ujian Psikometrik, memang wajar gunakan panduan ini untuk ulangkaji.

Ujian Psikometrik 2020

Baca : 10 Cara Orang Cina Berniaga Yang Boleh Kita Contohi

Berikut adalah antara contoh soalan-soalan berkaitan Psikometrik. Anda boleh cuba lihat satu persatu dan jawab. Adakah anda yakin dengan jawapan diberikan itu tepat?

1. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan :
A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.

2. Anda lebih menumpukan pada orang yang
A. Waras fikiran (sensible)
B. Imaginatif

3. Di antara perkara yang kurang diterima ialah
A. Hidup tanpa arah tuju
B. Hidup seperti biasa

4. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh
A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding dengan undang-undang

5. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang
A. Memberi keyakinan
B. Memberi perasaan terharu

6. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan
A. Masa yang tepat
B. Secara santai

7. Pilihan anda dibuat secara
A. Teliti
B. Rawak

8. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya
A. Terima maklumat awal
B. Terima maklumat akhir

9. Fakta yang anda baca, terima dan dengar
A. Fakta yang benar
B. Fakta yang salah

10. Penulis sepatutnya menghasilkan artikel berdasarkan
A. Fakta dan isi yang benar
B. Analogi dan imaginasi rekaan

Baca : 7 Rahsia Bijak Temuduga Kerja

Mahu dapatkan rujukan dan panduan menjawab soalan Psikometrik bagi membantu anda untuk lulus di dalam ujian ini? Klik butang di bawah untuk dapatkan rujukan dikemaskini 2019.

Ujian Psikometrik 2020

Ujian Psikometrik 2020

Muat-Turun Rujukan Psikometrik Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *