Bekerja Sendiri Perlu Tahu Tentang Skim MATRIX Dari PERKESO

Posted on

Bekerja Sendiri Perlu Tahu Tentang Skim MATRIX Dari PERKESO | Saya tahu isu COVID-19 merunsingkan semua pihak ketika ini. Oleh itu, ketika kita sedang berada di rumah, manfaatkan masa terluang dengan membaca dan melakukan perkara yang bermanfaat.

Perlu Tahu Tentang Skim MATRIX Dari PERKESO

Mari saya kongsikan manfaat PERKESO yang ramai masih tidak tahu kerana skim ini baru dilancarkan pada 1 Januari 2020.

Skim ini meliputi 19 sektor tidak formal iaitu perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan, pertanian, pengambilan hasil hutan, perikanan, penyediaan dan penjualan makanan, aktiviti pengilangan produk, kerja pembinaan, menjaja atau berniaga.

BACA : 5 Perkara Ejen Takaful Tak Beritahu Kita

Skim MATRIX

Selain kita perlu mempunyai perlindungan takaful sendiri,

Ini sebab kenapa kita masih perlu mencarum kepada skim ini:

BACA : Perbezaan Takaful Dan Insurans

Skim MATRIX

1. KADAR CARUMAN : RM13.10 – RM49.40 sebulan sahaja
Kadar SANGAT MAMPU MILIK !

2. TARIKH PERLINDUNGAN
Kuatkuasa dari tarikh bayaran caruman !

3. SKOP PERLINDUNGAN
Penyakit pekerjaan & Kemalangan semasa melakukan aktiviti pekerjaan bagi individu yang Bekerja Sendiri.

4. CARA BAYARAN
Online pun boleh. Layari matrix.perkeso.gov.my

5. FAEDAH
Tunai & Bukan Tunai

Skim MATRIX

FAEDAH SEMASA HIDUP

1. FAEDAH PERUBATAN:
Rawatan percuma di Klinik Panel PERKESO
Tuntutan ganti belanja kos rawatan perubatan

2. FAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA
Minimum 4hari termasuk hari kemalangan (ada surat MC)
Kadar bayaran : RM30-RM105.33 sehari (penggantian pendapatan ini penting untuk orang yang bekerja sendiri)

3. FAEDAH HILANG UPAYA KEKAL
Bayaran Pampasan pukal sehingga RM200,000

4. ELAUN PENJAGAAN
RM 500 Sebulan jika memerlukan penjagaan khas

5. FAEDAH PEMULIHAN JASMANI & VOKASIONAL
Jasmani : Fisioterapi, reconstructive surgery, aggota tiruan, haemodialysis, kerusi roda, dan lain-lain
Vokasional : latihan elektrikal, jahitan, baiki radio, dan lain-lain.

3 FAEDAH SELEPAS KEMATIAN / TPD

1. FAEDAH PENGURUSAN MAYAT
RM 2,000 dibayar kepada waris

2. FAEDAH ORANG TANGGUNGAN
90% dari pendapatan yang diinsuranskan (sehingga RM 3,555 sebulan)

Skim MATRIX

3. FAEDAH PENDIDIKAN
Pinjaman / biasiswa kepada anak-anak selepas kematian atau TPD

Bantu sebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga, kawan-kawan, ejen takaful / unit trust yang bekerja sendiri sepenuh masa demi manfaat semua.

Semoga kita dijauhi daripada perkara yang tidak diingini. Namun, sekiranya ditakdirkan berlaku juga kepada kita atau ahli keluarga; ketahuilah bahawa dengan adanya skim-skim seperti ini, dapat juga ianya meringankan beban sedikit sebanyak.

Sila like, and klik butang SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *